12 June 2010
Erti Sebenar Sebuah Perkahwinan - so sad...
Pengajaran : Beri perhatian terhadap ‘hal kecil’ di dalam rumahtangga anda. Harta benda tidak memberi kebahagiaan sebenar. Jadikan diri anda kawan kepada pasangan anda dan bersama-samalah membina sebuah keintiman kukuh.
03 June 2010
cerita semalam
tak tahu ke
memang i dah tak suka..
i loike !!

pandai dia pilih..amat cantik
segera aku pakai..hehe
to my soul : tqvm..semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik kita..
amin Ya Allah
27 May 2010
cerita harian metro 27 mei 2010
KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta dengan suami orang, seorang penyampai berita sebuah stesen televisyen menerima padah apabila dia diserang isteri dan ibu mentua teman lelakinya di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Sabtu lalu.Akibatnya, wanita berusia 34 tahun itu cedera di muka serta kepala dan kini terpaksa mengambil cuti berikutan tidak mahu kejadian memalukan itu dihidu rakan sekerja. Teman lelakinya turut cedera selepas diserang isterinya yang juga seorang warga Uzbekistan.
Difahamkan, serangan terbabit berlaku di hadapan dua anak lelaki penyampai berita terbabit ketika dia yang berusia 34 tahun berada di sebuah gimnasium kanak-kanak di pusat beli-belah berkenaan.
Malah, penyampai berita berkenaan turut dihamburkan pelbagai kata kesat oleh dua beranak warga asing terbabit yang tidak puas hati kerana mendakwa dia cuba merampas suami.
Menurut sumber polis, sebelum tercetusnya serangan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dicalar dan dipecahkan cermin yang dipercayai dilakukan individu sama.
“Mangsa ketika itu meletakkan kereta di parkir kondominium sewanya di Jalan Duta di sini dan terkejut apabila mendapati kenderaannya calar dan cerminnya pecah.
“Kejadian itu dipercayai turut dilakukan dan didalangi dua beranak terbabit yang tidak puas hati dengan penyampai berita berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dirosakkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum kes berkenaan dipindahkan ke IPD Sentul.
Sumber itu berkata, belum selesai kes keretanya dirosakkan disiasat, keesokannya kira-kira jam 5 petang mangsa yang ketika itu bersama pembantu rumah menghantar dua anaknya ke sebuah gimnasium kanak-kanak ‘diserang’.
“Mangsa yang juga seorang ibu tunggal didatangi dua wanita warga asing terbabit yang menyerbu sebelum menghamburkan pelbagai kata kesat.
“Malu dengan kejadian tidak disangka itu, mangsa cuba menjauhkan diri daripada mereka, namun dia dikejar dua beranak terbabit sebelum mereka membelasahnya,” katanya.
Akibatnya, mangsa yang baru bercerai dengan suaminya dibelasah teruk di kepala dan beberapa anggota badan termasuk kesan cakar di muka sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Penyampai berita terbabit yang masih trauma dengan kejadian berkenaan membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Damansara untuk tindakan susulan dan meminta dirinya dilindungi.
Difahamkan, teman lelakinya seorang warga tempatan dan wanita berkenaan kini mengambil cuti panjang bagi menenangkan fikiran selain menyelesaikan kes terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 kerana ugutan dan 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
*** hai...dunia sudah kacau bilau ****
26 May 2010
Cerita utk kita saling ingat mengingati
Jika anak anda hidup dalam kekasaran,dia akan belajar melawan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam kritikan,dia akan belajar menyalahkan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut;
Jika anak anda hidup dalam iri hati,dia akan belajar berasa bersalah;
Jika anak anda hidup dalam kesabaran,dia akan belajar menjadi penyabar;
Jika anak anda hidup dalam galakan,dia akan belajar menjadi yakin;
Jika anak anda hidup dalam pujian,dia akan belajar menghargai;J
ika anak anda hidup dalam persetujuan,dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran,dia akan belajar memahami kebenaran;
Jika anak anda hidup dalam keadilan,dia akan belajar menjadi adil;
Jika anak anda hidup dalam keselamatan,dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;J
ika anak anda hidup dalam kemesraan,dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.
25 May 2010
Cerita anne diceraikan ketika hamil
bijak kenyataan anne kali ni..
13 May 2010
Cerita lawatan akademik ke KL
nnt upload lagi...
Cerita anak - anak mama
aku berdoa semoga
Cerita aku terkenang kisah lama
27 October 2009
Cerita minggu ke 38
12 October 2009
Cerita ubat bersalin
bila memikirkan
sudah 38 minggu
dan aku
menunggu hari aje..
tapi ubat bersalin
aku lom decide lagi
nak beli brand ape
ni antara finalist set bersalin
yang aku rasa macam nak beli
SET BERSALIN - LEESA FORMULA
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
Set Ibu Bersalin - 5 Produk(Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon)
Cara Penggunaan ConfineMum Set A:
PRODUK:Cara Penggunaan ConfineMum Set BM
PREMIUMCara Penggunaan ConfineMum Set Premium
SET BERSALIN - AFIAT (HIJAU)

UBAT BERSALIN AFIAT LENGKAP UNTUK 44 HARI
Ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin. Ubat Bersalin Afiat boleh digunakan sehingga habis pantang 44 hari.
KANDUNGAN:
• Pil Afiat (528 biji)
Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga
• Bedak Hangat
Untuk disapu seluruh badan selepas mandi
Bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.
• Minyak Afiat
Digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat
• Balm Afiat
Disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.
• Akar Kayu
Direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari
Untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan
• Barut Berubat
Untuk membantu mengempiskan perut
• Pil Makjun Bawang Putih
Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam
Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.
• Feminin Care campuran herba beraroma
Bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.
• Gel Mandian Serai Wangi diadun dengan aroma terapi Serai Wangi
Untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.
Set Bersalin Orang Kampung
1. Seri Lulur
2.Seri Pilis
3.Seri Susut
4.Kapsul Kacip fatimah
5.Minyak Telon
6.Minyak Gamat
7.minyak Merah
8.Ubat Perik
9.Jeli Gamat
10.Bengkung
masa aeyna dulu
suami aku belikan
set tropical herbs
keluaran amway
Set Bersalin Amway


Kandungan;
Herba Pembersih Wanita
Herba Mandian
Campuran Penghangat Badan
Campuran Penenang
Campuran Peramping Perut
Minyak Urut
Minyak Bayi
Bengkung.
jadi
aku bingung ni...
































