mynumber two

Daisypath Happy Birthday tickers

my2014 baby

Lilypie Maternity tickers

03 June 2010

cerita semalam

semalam
u call i
i tak answer.
tak tahu ke
memang i dah tak suka..


hehehe...
tak lah..
semalam
aku dah makin tua
citernya
bangun pagi smlm
aku rasa mcm biasa je
otw nak g sklh
dlm kete.
bunyi message..
mmm.aku bukak

" Hepi besday. Hadiah ada dlm kete tu. Cari sendiri.."

dgn segera aku cari port baik
utk benti kete tepi jln
dalam hutan pun hutanlah..


aku cari keliling pandangan mata
tak jumpa
aku cari lagi.
akhirnya aku jumpa


yes..


jauh aku cari..rupanya kat sebelah je dia letak


segera aku bukak

i loike !!


pandai dia pilih..amat cantik

segera aku pakai..hehe

to my soul : tqvm..semoga kebahagiaan akan terus menjadi milik kita..

amin Ya Allah

27 May 2010

cerita harian metro 27 mei 2010

Padah cinta suami orang


KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta dengan suami orang, seorang penyampai berita sebuah stesen televisyen menerima padah apabila dia diserang isteri dan ibu mentua teman lelakinya di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Sabtu lalu.Akibatnya, wanita berusia 34 tahun itu cedera di muka serta kepala dan kini terpaksa mengambil cuti berikutan tidak mahu kejadian memalukan itu dihidu rakan sekerja. Teman lelakinya turut cedera selepas diserang isterinya yang juga seorang warga Uzbekistan.


Difahamkan, serangan terbabit berlaku di hadapan dua anak lelaki penyampai berita terbabit ketika dia yang berusia 34 tahun berada di sebuah gimnasium kanak-kanak di pusat beli-belah berkenaan.
Malah, penyampai berita berkenaan turut dihamburkan pelbagai kata kesat oleh dua beranak warga asing terbabit yang tidak puas hati kerana mendakwa dia cuba merampas suami.

Menurut sumber polis, sebelum tercetusnya serangan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dicalar dan dipecahkan cermin yang dipercayai dilakukan individu sama.
“Mangsa ketika itu meletakkan kereta di parkir kondominium sewanya di Jalan Duta di sini dan terkejut apabila mendapati kenderaannya calar dan cerminnya pecah.
“Kejadian itu dipercayai turut dilakukan dan didalangi dua beranak terbabit yang tidak puas hati dengan penyampai berita berkenaan,” katanya.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan berhubung kejadian keretanya dirosakkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum kes berkenaan dipindahkan ke IPD Sentul.
Sumber itu berkata, belum selesai kes keretanya dirosakkan disiasat, keesokannya kira-kira jam 5 petang mangsa yang ketika itu bersama pembantu rumah menghantar dua anaknya ke sebuah gimnasium kanak-kanak ‘diserang’.


“Mangsa yang juga seorang ibu tunggal didatangi dua wanita warga asing terbabit yang menyerbu sebelum menghamburkan pelbagai kata kesat.
“Malu dengan kejadian tidak disangka itu, mangsa cuba menjauhkan diri daripada mereka, namun dia dikejar dua beranak terbabit sebelum mereka membelasahnya,” katanya.


Akibatnya, mangsa yang baru bercerai dengan suaminya dibelasah teruk di kepala dan beberapa anggota badan termasuk kesan cakar di muka sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Penyampai berita terbabit yang masih trauma dengan kejadian berkenaan membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Damansara untuk tindakan susulan dan meminta dirinya dilindungi.
Difahamkan, teman lelakinya seorang warga tempatan dan wanita berkenaan kini mengambil cuti panjang bagi menenangkan fikiran selain menyelesaikan kes terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 506 kerana ugutan dan 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


*** hai...dunia sudah kacau bilau ****

26 May 2010

Cerita utk kita saling ingat mengingati

Ingatlah!!!


Jika anak anda hidup dalam kekasaran,dia akan belajar melawan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam kritikan,dia akan belajar menyalahkan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut;
Jika anak anda hidup dalam iri hati,dia akan belajar berasa bersalah;
Jika anak anda hidup dalam kesabaran,dia akan belajar menjadi penyabar;
Jika anak anda hidup dalam galakan,dia akan belajar menjadi yakin;
Jika anak anda hidup dalam pujian,dia akan belajar menghargai;J
ika anak anda hidup dalam persetujuan,dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran,dia akan belajar memahami kebenaran;
Jika anak anda hidup dalam keadilan,dia akan belajar menjadi adil;
Jika anak anda hidup dalam keselamatan,dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;J
ika anak anda hidup dalam kemesraan,dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

25 May 2010

Cerita anne diceraikan ketika hamil

terkejut aku
bila kwn sekerja
menghulurkan utusan malaysia
hari ni..

cerita anne diceraikan ketika hamil

sedih.
memikirkan nasib orang yang sedang hamil
diceraikan..
tapi masing2 punya hidup
kita tak bolehlah nak buat penilaian
bak kata anne jugak
dalam rumahtangga
kesalahan pasti ada antara
kedua - dua pihak..

bijak kenyataan anne kali ni..
menampakkan dia
matang..
apapun..
semoga anne tabah menghadapi
qada' dan qadar ini..
amin..

13 May 2010

Cerita lawatan akademik ke KL

Karangkraf

incharge man of the day sepanjang di Karangkraf

with kak ina


jabatan grafik Karangkraf


nnt upload lagi...
nak masuk kelas ni !!


Cerita anak - anak mama

puteri sulung haeynah telahpun sekolah di tadika anakku genius di batu berendam melaka.



putera sulung yang telahpun berumur 7 bulan dengan berat 6.7 kg

aku berdoa semoga
anak-anaku ini
menjadi permata hatiku
yang tidak derhaka kepadaMu Ya Allah
tidak derhaka kepada kedua ibubapanya
dan tidak derhaka kepada umat Nabi Muhammad

Cerita aku terkenang kisah lama

Sungguh hari ni
aku terkenang
semua kenangan lama
kenangan aku tertawa
bersama si dia
kenangan aku menangis
kerana si dia
mula berlegar - legar
di ruang ingatan

sungguh aku rindu
zaman dulu
zaman aku mampu ketawa
zaman aku gembira mendidik
permata hatiku
semoga masa itu
tidak dimamah
dek teknologi fb..

27 October 2009

Cerita minggu ke 38

minggu ke 38
16 oktober 2009

alhamdulillah

terlahirlah
seorang insan
bernama


muhammad hadeef khaleesh

di Hospital Jasin

tepat jam 1.45 petang














12 October 2009

Cerita ubat bersalin

agak pening kepala
bila memikirkan

sudah 38 minggu
dan aku
menunggu hari aje..

tapi ubat bersalin
aku lom decide lagi
nak beli brand ape

ni antara finalist set bersalin
yang aku rasa macam nak beli


SET BERSALIN - LEESA FORMULA

LEESA FORMULA


SET A
PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel

Set Ibu Bersalin - 5 Produk(Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon)
Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan ConfineMum Set A:
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet HaruanAmbil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger CreamSapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour GelSapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Minyak TelonSapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.



SET B

PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Bengkung

Set Ibu Bersalin - 6 Produk(Prawan + Haruan + Ginger Cream + Body Contour Gel + Telon + Bengkung Correctuer)
Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan ConfineMum Set BM
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet HaruanAmbil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger CreamSapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour GelSapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Minyak TelonSapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Bengkung CorrectuerIkat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.

SET C


PREMIUM

PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour
6- Gel
7- Mas Cotek Uncang
8- 2 Pek Tungku herba

Set Ibu Bersalin - 9 Produk(Prawan, Haruan, Cotet Emas Uncang , Ginger Cream & Body Contour Gel + Bengkung Correctuer + Telon + 2 Pek Tungku Herba ) PERCUMA Beg Sandang Leesa bernilai RM69
Keistimewaan ConfineMum Set:
• Formula herba tempatan mengikut tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
• Sangat praktikal, dengan cara pengunaan yang mudah serta tanpa bau yang memeningkan.
• Sesuai untuk ibu bersalin normal atau pembedahan.
• Selamat untuk Ibu menyusu bayi.
• Diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet HaruanAmbil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger CreamSapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour GelSapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung CorrectuerIkat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak TelonSapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku HerbaTuam di perut & lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas UncangMinum pagi & petang atau bila-bila masa yang disukai.


SET BERSALIN - AFIAT (HIJAU)


UBAT BERSALIN AFIAT LENGKAP UNTUK 44 HARI

Ia dirumus khas untuk wanita lepas bersalin. Ubat Bersalin Afiat boleh digunakan sehingga habis pantang 44 hari.


KANDUNGAN:


• Pil Afiat (528 biji)

Dimakan selepas bersalin, 4 biji pagi, 4 biji petang dan 4 biji malam.
Untuk membantu kaum ibu menyihatkan badan dan menambahkan tenaga

• Bedak Hangat

Untuk disapu seluruh badan selepas mandi
Bertujuan untuk memanaskan badan selepas mandi.

• Minyak Afiat

Digunakan semasa mengurut kerana ia menyegarkan urat

• Balm Afiat

Disapu pada bayi untuk mempercepatkan proses pengeringan tali pusat.

• Akar Kayu

Direbus 20 hari selepas bersalin, diminum 2 kali sehari
Untuk merangsang tenaga dan menguatkan badan

• Barut Berubat

Untuk membantu mengempiskan perut

• Pil Makjun Bawang Putih

Dimakan selepas habis pantang, 2 biji pagi dan 2 biji malam
Untuk menambahkan tenaga, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan tisu vagina.

• Feminin Care campuran herba beraroma

Bertindak membersihkan bahagian sulit wanita, memberi perlindungan dan mengurangkan kegatalan.

• Gel Mandian Serai Wangi diadun dengan aroma terapi Serai Wangi

Untuk menyegarkan kulit badan dan khasiatnya sama seperti mandi lulur.


Set Bersalin Orang Kampung


Set Bersalin Orang Kampung

1. Seri Lulur
2.Seri Pilis
3.Seri Susut
4.Kapsul Kacip fatimah
5.Minyak Telon
6.Minyak Gamat
7.minyak Merah
8.Ubat Perik
9.Jeli Gamat
10.Bengkung


masa aeyna dulu
suami aku belikan
set tropical herbs
keluaran amway

Set Bersalin Amway






Kandungan;
Herba Pembersih Wanita
Herba Mandian
Campuran Penghangat Badan
Campuran Penenang
Campuran Peramping Perut
Minyak Urut
Minyak Bayi
Bengkung.

jadi

aku bingung ni...

31 August 2009

Cerita ape?


ape cer?



cer apa?


ntahlah nak cerita apa..




saje meng-update



blog yang makin berabuk



ni...


gambar ni
kenangan dulu - dulu
berbuka puasa..


alhamdulillah
setakat ni...
aku masih diberi
keizinan dan kekuatan
olehNya
untuk menjalani
ibadah berpuasa...


dalam usia kandungan
mencecah 8 bulan

aku risau jugak...
pernah satu hari tu



dah pukul 5.30 petang

aku sakit ulu hati...
tapi terasa sayang sangat
nak berbuka...



jadi
penyelesaiannya
aku pun tido
utk melupakan sakit itu !!